
Anonymous
2 tahun
Sakit kepala, tangan, perut , dada dan kaki sebelah kiri
Saya mengalami masalah datang bulan yang pertama kali saya alami, sy mulai databg bulan 12/7 hingga 15/7 dalam kadar yg beberapa tompokan darah saja.kemudia berhenti beberapa hari dan datang bulan 20/7 hingga 24/7 dengan banyak darah serta sering mengalami sakit yang terlampau di bahagian kiri kepala, dada , perut serta tangan dan kaki . adakah saya patut jumpa doktor? Doktor apakah patut sy jumpa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit yang melampau ketika haid/ keluar darah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah :
- Sengugut
- Gangguan hormon
- Keguguran terancam
Saya sarankan untuk anda segera berjumpa pakar obstetrik dan ginekologi untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
.