
Sulit
3 tahun
Sakit kepala tengkuk sehingga boleh letup letupkan
Hi doktor! Saya layla! Berumur 18 tahun pelajar kolej. Ketika covid ni biasalah semuanya laptop. Hampir 24/7 hadap laptop sehingga menyebabkan saya sakit kepala bahagian belakang. Sehingga tengkuk. Kadang kadang sehingga sakit satu kepala. Sampaikan boleh letupkan berkali kali. Sakit sakit badan. Sudah hampir 2 bulan tiada perubahan. Saya perlu buat apa untuk hilangkan sakit ni ya? Terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah sakit belakang tengkuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- postur badan yang tidak elok
- arthritis
- herniated disks pada leher
- occipital neuralgia
- tension headache
- migrain basilar
Anda seharusnya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut boleh diambil dan ubat-ubatan boleh dipreskripsi untuk anda. Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.