
Sulit
3 tahun
Sakit kepala terlampau sakit selepas vaksin dose-1 sinovac
saya wanita yang berumur 20tahun, 01/08 haritu saya baru lepas kena vaksin sinovac. dan lusanya saya dah mula sakit kepala yang terlampau kuat sehingga hari ini 07/08. saya dah cuma makan panadol setiap hari tapi masih sama. kadang kalau berdiri rasa nak tumbang , dan kadang ada rasa sesak nafas dah rasa ingin muntah tapi takboleh keluar. badan pun rasa lemah. adakah normal untuk kita tahan sekarang ni dah nak masuk 5hari.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin Sinovac. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Namun, gejala anda boleh juga disebabkan oleh penyakit lain seperti jangkitan bakteria atau virus. Oleh itu, kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini