
Sulit
3 tahun
Sakit kepala yang agak kerap namun tidaklah terlalu sakit masih boleh dikawal
Saya berumur 23 tahun, saya tidaklah mengalami sakit kepala yang agak kuat, namun ianya kerap sakit dalam sebulan saya pernah sakit selama 2 minggu berlanjutan, adakah ianya berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Tension headache disebabkan stres
- Tekanan darah tinggi
- Radang sinus (sinusitis)
- Demam denggi
- Tekanan di dalam kepala meningkat (raised intracranial pressure)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini harus diberikan perhatian oleh anda kerana pening kepala yang kerap dan berlanjutan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius dan gejala yang dialami perlu disiasat dengan teliti untuk mengetahui puncanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.