
Sulit
4 tahun
Sakit kepala yang agak teruk sehingga agak sensitif terhadap bunyi, bau dan jugak cahaya
Saya masih student berusia 16 tahun. Tapi saya sering sakit kepala yang agak teruk sehingga kadang2 mata saya kabur. Saya dapat pasti bila saya mula sakit kepala, saya akan agak sensitif dengan bau, cahaya dan bising. Semasa saya di asrama saya sering muntah air atau muntah hijau at least seminggu sekali. Tetapi yang hairannya di rumah saya jarang sesekali utk muntah tapi hanya sakit kepala sahaja. Kadang2 kepala saya rasa berat sangat. Apakah cara utk mencegah sakit kepala ini yer??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit kepala.
Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Melihat kepada gejala yang anda terangkan, saya ingin memfokuskan kepada sakit kepala jenis migran. Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Namun, rawatan selain daripada panadol memerlukan prekripsi doktor serta soalan lebih lanjut untuk mengetahui samada anda sesuai dengan ubat tersebut atau sebaliknya.
Sekiranya sakit kepala anda berterusan dengan kerap, sila berjumpa dengan doktor di klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.