Sulit
4 tahun
Sakit Kepala yang Aneh Hampir Setiap Hari
Saya wanita berusia 20 tahun. Kebelakangan ni saya sakit kepala, sehari tu sebelah kanan je, esoknya sebelah kiri je sakitnya. Sakit kepala ni biasa je dan masih boleh buat kerja macam biasa tapi bila hadap skrin tu, rasa macam berpusing. Bila dah rasa macam tak boleh tahan, saya terus baring tidur. Setakat ni, saya tak makan ubat panadol lagi, hanya minum air mineral dan makan ikut masa. Tapi, sebab masih rasa sakit kepala, susahlah nak fokus buat kerja. Saya ingatkan akan hilang dalam beberapa hari, tapi tak pula. Adakah keadaan saya ni agak teruk?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Stres
- Kurang tidur
- Migrain.
- Alergi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.


































