
Sulit
5 tahun
Sakit kepala yang berlarutan
Saya berumur 17 tahun dan saya juga mengalami masalah rabun jauh. Sakit kepala sering terjadi apabila saya sedang belajar di sekolah ataupun membuat latihan, kepala saya terasa bengang atau pening. Ini juga terjadi ketika saya bermain telefon,komputer dan lain2 atau melihat cahaya yang terang. Semasa saya hendak tidur, masalah sakit kepala mula datanh dan boleh dikatakan tidak boleh tidur. Adakah ini disebabkan oleh masalah mata saya?. Saya mintaklah penjelasan doktor kerana saya bimbang perkara akan berlarutan ketika saya sedang menghadapi peperiksaan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Jika masalah anda berterusan, teruslah berjumpa doktor.
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.