
Sulit
4 tahun
Sakit kepala yang kronik Dan tidak larat
Saya suka sakit kepala yang kronik… Hidung saya pernah berdarah teruk… Saya tidak pernah mengalami sawan… Saya cepat lupa… Saya suspek diri saya ada tumor… Mood swing selalu terjadi… Saya cepat marah… Saya berumur 19 tahun… Di leher saya pula ketulan limfoma naik dua biji… Saya nak Tanya doc adakah betul dengan simptom yg saya terang sy menghidap tumor otak… Apakah makanan yang sesuai utk mengekalkan otak saya menjadi lebih kuat… Apa nasihat doc yang perlu saya lakukan untuk diagnos jenis penyakit yang saya ada… Badan saya menjadi semakin lemah…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder.
Sakit kepala primer merangkumi migrain, sakit kepala cluster, dan sakit kepala ketegangan. Sakit kepala ketegangan ( tension type headache ) adalah bentuk sakit kepala utama yang paling biasa.
Sakit kepala sekunder pula adalah simptom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- barah otak
Merujuk kepada penceritaan anda tentang sakit kepala, semakin berasa lemah dan ketulan limfoma anda amatlah digalakkan agar berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.