hasnie0304
6 tahun
Sakit kepala yang kronik
Salam,Saya wanita yang berusia 28 tahun dan belum berkahwin.saya mempunyai masalah sakit kepala hampir setiap hari,sakit kepala berserta sakit gigi,tengkuk dn mata…saya dah beberapa kali ke klinik tetapi masih juga begini…saya betul2 ingin sembuh…apakah nasihat yang boleh doctor berikan…?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Sakit kepala berkelompok - “cluster headache”
- Sakit saraf - “trigeminal neuralgia”
- Tekanan darah tinggi
- Tekanan kepala tinggi - akibat lebihan cecair otak, ketumbuhan ataupun jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































