
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala yang kuat pada sebelah petang dan malam
suami saya berumur 36 tahun. kebelakangan ini suami saya kerap sakit kepala pada sebelah petang dan malam. sakit kepala terlalu kuat sehingga perlu ke klinik untuk ambil injection kerana ubat yang diberikan tidak boleh menampung kesakitan. adakah ianya berpunca daripada stress atau penyakit lain ? boleh doktor berikan pendapat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, sakit kepala boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu “sebab primary” atau “sebab sekunder”. Antara punca-punca sakit kepala primari adalah:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Manakala punca sakit kepala sekunder boleh disebabkan seperti:
- Jangkitan kuman/virus pada struktur otak
- Hipertensi Malignan
- Ketumbuhan pada otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.