
Sulit
3 tahun
Sakit kepala yang mencengkam, sakit tu tertompok dlm kepala rasa. Dan lgi satu, sy tiba2 demam panas. Sakit punggung dan otot
Dulu sy tak ambil kisah pun pasal sakit kepala ni. Tpi disebabkan sering sangat sakit kepala. Sy mula sedar, mungkin ada yg tak betul ni. Sy kdg2 tu sakit kepala mungkin kerana keadaan cuaca yg sangat panas. Tetapi sy sakit kepala tu kdg2 tanpa sebab yg kukuh. Apakah sy migrain? Mungkin doktor saja yg tahu. Sering jgk sy Google untuk mencari punca sy sakit kepala ni. Cuma sy masih blom dapat jawapan yg begitu menyakinkan sbb sy confused jgk takut tersalah anggap.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit kepala tanpa alasan yang kukuh. Anda juga berasa lsakit punggung dan oto. Saya akan cuba untuk membantu anda sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit kepala yang sedang anda alami sering dikaitkan dengan situasi berikut:
- Migrain
- Jangkitan di otak
- Tumor di otak
- Masalah saluran darah di otak
- Anemia
- Kecederaan dikepala
- Hipertensi
- Cerebrospinal fluid leak
- Keradangan
Manakala untuk sakit bahagian punggung dan otot boleh juga boleh disebabkan oleh penyakit di atas bergantung kepada bahagian sistem saraf yang terlibat.
Namun sekiranya anda mendapati keadaan anda berlarutan, anda sebaiknya mendapatkan nasihat doktor untuk menanganinya dengan kadar segera
Saya berharap penerangan ini dapat membantu anda dan jika anda memerlukan maklumat serta informasi yang lebih mendalam, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar neurologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala