
Sulit
3 tahun
Sakit kepala yang sangat teruk dan sakit tekak
Saya berumur 21 tahun. saya mengalami sakit kepala yang sangat sakit dan sakit tekak. Jika saya minum air, tekak saya rasa sakit. Adakah ia tanda covid 19 ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda betanyakan tentang gejala sakit kepala dan sakit tekak dan ingin tahu sekiranya ia adalah gejala COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
Keletihan
Batuk
Lenguh dan sakit sendi
Sakit tekak
Sakit kepala
Kesukaran bernafas
Hilang deria bau
Akan tetapi, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Gejala sedemikian juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain dan memerlukan pemerhatian doktor sebelum kesimpulan dibuat.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini atau menjalani ujian saringan sendiri untuk kepastian.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.