
nrashimah29
5 tahun
Sakit kepala yang teramat
Saya pelajar sekolah tingkatan 5, saya kerap sakit kepala tanpa saya ketahui sebabnya. Saya ingatkan saya kurang rehat atau kerap bermain handphone jadi saya cuba dpatkan tidur yang sepatutnya dan kurangkan main handphone.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migraine
- Sakit kepala disebabkan masalah penglihatan seperti rabun
- Sakit kepala disebabkan stres
- jangkitan kuman atau virus
- ketumbuhan ataupun kanser
- radang pada sistem saraf atau otak
- penyakit autoimun seperti sklerosis seluruh
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.