
Sulit
4 tahun
Sakit kepala yang teruk , pernah kemalangan dengan lori dan saya tidak memakai topi keselamatan
Hai doc , saya nurul dan brumur 19 tahun , saya kerap sakit kepala dan saya penghidap migrain , saya pernah kemalangan pada umur 16 dan telah terhantuk pada lori (badankayu) slps dri kmlgn saya kerap sakit migrain dn kadang² sakit yg kuat sampai saya tak boleh tidur di ats bntl , tak boleh berjalan dan tak boleh urut . Kerap jugak sakit pada leher dan kaki kanan serta tgn cpt kebah . Saya dah berjumpa doc pada bulan 2 mungkin , doc cakap tubuh bahgian kanan saya lemah dan migrain tu berkemungkinan kerana kepala . Dia nk reffer saya kpd hospitl besr utk bt scan . Dan suruh saya bt appoiment dgn doc saraf . Tpi saya belum buat pemeriksaan kerana tiada makluman dri pihak klinik yg katanya akan bt appoiment utk saya … untuk masa sekarang saya masih lagi sakit kepala then masa sakit tu saya akan rasa mual … mood saya cpt brubah , lesu ,cepat lupa dan hilang selera makan . Adakah saya kerap sakit kerana migrain atau mmg melibatkan kemalangan ? Perlu tak saya berjumpa doktor ? Biasanya saya akan ke klinik swasta dan terima suntikan untuk hilangkan muntah apabila saya sakit kepala yg kuat . Kalau dikatakan kepala saya kerap sakit kerana penyakit kronik adakah ianya akan hilang dgn sendiri ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, masalah anda berkemungkinan berkaitan dengan sejarah kemalangan yang berlaku seperti penerangan yang dijelaskan oleh doktor yang memeriksa anda. Memandangkan gejala yang anda hadapi semakin teruk ditambah dengan gejala lain seperti mual dan hilang selera makan, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda sekali lagi dan menyatakan aduan ini. Hal ini supaya rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Komplikasi penyakit boleh dielakkan atau dikurangkan dengan penanganan atau rawatan yang cepat.
Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan masalah sakit kepala, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.