
Sulit
3 tahun
Sakit Kepala yg terlalu kerap
Hai doctor , sy berumur 25tahun dan belum berkahwin. Kebelakangan ni sy sering ada masalah sakit kepala apabila baring. Sakit kepala beserta dgn pakej sakit tengkuk di bahagian kiri. Sy dh makan panadol , tp mcm xbkesan. Sy dah cuba tukar bantal pon masih sama jgk. Bila duduk je kepala kurang sakit . Bila baring je mcm tu. mcm mana tu ye doctor?Lately ni mmg wktu tidur sy tak teratur. Apa yg perlu sy buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerap sakit kepala apabila baring. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Tekanan darah rendah
Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Gejala yang dialami oleh anda memerlukan pemeriksaan dan siasatan lanjut. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.