
Sulit
4 tahun
Sakit kepale terlampau stress
Sy wanita berumur 23… kenape kalau sy terlalu tension.kepale sy jd sakit dan auto mengigil mcm parkinson?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk makluman anda kepala bergetar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trigeminal neuralgia masalah saraf muka
- Parkinson - penyakit sistem saraf yang progresif
- Multiple sclerosis - apabila pembungkus saraf (myelin) rosak
- Systemic Lupus Erythematosus (SLE) sejenis penyakit autoimun
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut, serta melakukan hal-hal yang disyorkan dibawah untuk mengurangkan berat gejala:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.