
Sulit
5 tahun
Sakit ketika ingin membuang air kecil
Saya berusia dalam lingkungan 30ann… mengalami sakit ketika ingin membuang air kecil…kini sudah tiga hari saya mengalami pedih ketika kencing dan sakit dibahagian pelvis…so saya nk tanya apa punca terjadinya sakit yang saya alami…harap maklum dan terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca pedih ketika kencing, antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Saluran kencing tersumbat
- “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.