
rainaasakinah
5 tahun
Sakit ketika kencing dan sakit perut sebelah kiri
Hi doc… Sy wanita umur 35 dan baru lepas bersalin awal bulan 5 tahun ni. Soalan sy, dalam masa 4-5 hari ni saya kerap sakit perut waktu malam… Sakit mcm senggugut, tp non stop. Utk hilangkan sakit tu sy mkn panadol. Yg sy hairan waktu siang tak sakit. Hanya waktu malam start jam 8 malam. Lg satu kencing pun sakit, mcm kencing kotor. Tapi saya minum air byk. Harap doc dpt bantu… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara penyebab gejala kencing ini adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.