
kokocadbury
6 tahun
Sakit ketika kencing
Sy ibu lepas habis bersalin… 31 tahun, seminggu lps bersalin, sy alami sakit perit ketika kencing dan selepas. Serta xboleh tahan kencing. Macam mane ye doc utk sy redakan sakit ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, masalah pada bahagian saluran kencing adalah amat biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung dan selepas bersalin. Masalah yang boleh menyebabkan simptom yang anda hadapi adalah:
- Jangkitan saluran kencing (pundi kencing dan saluran kencing)
- Incontinence (tidak boleh tahan kencing)
Oleh itu, anda haruslah mendapatkan pemeriksaan dan nasihat lanjut bagi menyelesaikan masalah ini. Sila kunjungi klinik terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ubat terus kepada anda. Terima kasih.