Anonymous
6 tahun
Sakit ketika membuang air kecil
Saya lelaki berumur 23 tahun…sy mengalami masalah pada bahagian pundi kencing…sudah seminggu kemaluan saya mngeluaran lendiran kuning (tak sakit)dan sakit ketika membuang air kecil
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan saluran kencing contohnya jangkitan buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan seksual, penyumbatan separa laluan kencing, kateter, atau najis yang menyentuh faraj.
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak lengkap (Inkontinens limpahan) . Inkontinens limpahan boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (daripada kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau oleh penyumbatan dalam saluran kencing, seperti batu ginjal, atau tumor saluran kencing yang menyekat uretra.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

































