
Sulit
5 tahun
Sakit kiri pinggang, dan tengah dada
Saya wanita 20 an. Saya kerap alami sakit pada kiri pinggang saya dan juga di tengah dada saya. Sakit rasa macam senak dan menusuk sampai saya susah nak lakukan pergerakan seperti berjalan atau apa shaja. Apa perlu saya buat ya ? Dah pernah xray tapi untuk slip disc. Jadi tak pasti berkait dgn slip disc atau bukan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang dan dada anda boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh atau ketegangan - akibat postur duduk atau tidur tidak selesa
- Masalah struktur tulang belakang - seperti “slipped disc” yang dinyatakan anda
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada struktur ovari pada wanita - seperti kista dalam ovari, ovari terbelit
- Sindrom menstruasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.