
Sulit
4 tahun
Sakit Leher berlarutan, sakit kepala
Dr, ayah sy dah sakit leher dah 5 hari macamtu, disebabkan sakit leher yang dia alami tu menyebakan dia rasa sakit kepala Dan sakit belakang, jadi apa yang harus dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit tu Dr? Atau kami perlu pergi berjumpa Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit leher, belakang telinga dan bahu yang ayah anda hadapi. Untuk makluman anda, waktu penyembuhan dari gejala ini bergantung juga kepada aktiviti seharian anda. Ia boleh berbeza-beza bagi setiap individu. Masalah sakit leher atau tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura . Penyebabnya boleh berasaskan:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja. Oleh itu, disarankan untuk rehat secukupnya untuk sementara waktu penyembuhan tengkuk. Elakkan postur duduk yang tidak baik terutamanya sewaktu menggunakan komputer atau telefon bimbit yang lama.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih