
all_verse
2 tahun
Sakit leher kepala belakang sebelah kiri
Saya lelaki berusia 34 tahun…saya mengalami rasa nyilu dan tidak selesa dibahagian leher belakang kepala sebelah kiri. saya sudah alami sakit ini agak lama dan sembuh sendiri…tetapi sejak hampir 3 minggu rasa sakit ini tidak hilang. Saya sudah ke hospital dan pegawai kesihatan membuat saringan kesihatan tekanan darah 134/97, tahap gula 6.9 tanpa berpuasa.doktor memberikan saya ubat tahan sakit iaitu DICLOFENAC tetapi sakit ini tidak sembuh…mohon pencerahan dari doktor
Terima kasih
Jes, Sabah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit leher adalah:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Antara cara untuk pengurusan sakit leher adalah
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
- hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
- ubat tahan sakit
- fisioterapi
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.