Sulit
3 tahun
Sakit/lenguh di lutut
Saya berusia 23 tahun.Kerap merasa lenguh di lutut,lebih lagi ketika cuacaa sejuk ataupun berjalan banyak.Setiap kali saya merasa lenguh lutut,saya akan bengkokkan lutut sehingga berbunyi seperti letupan di belakang lutut.Adakah ianya bahaya jika kerap di lakikan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan ketarangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kelenguhan pada lutut dan dilegakan dengan membengkokkan sendi lutut sehingga berbunyi letupan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Pengumpulan gas dalam sendi yang bercampur dengan cecair synovial
- Terdapat ketulan tulang di kawasan sendi yang bergeser dengan ligament dan tendon otot
- Akibat kuat berlari, pergerakan tersebut akan menyebabkan permukaan platella menjadi kasar dan menyebabkan bunyi
- Penyakit keradangan sendi (Arthritis)
- Masalah aliran darah atau masalah darah tinggi
- Kecederaan pada ACL atau MCL yang pernah dihadapi.
- Kecederaan pada meniskus disebabkan oleh penggunaan sendi yang berlebihan seperti berlari dan sebagainya tanpa regangn awal.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.