Sulit

3 tahun

Sakit lutut.apabila digerakkan lutut berbunyi ‘krek krek’

Sy wanita berumur 34 tahun.sy seorang yg agak aktif. Rutin nye setiap pagi sy akan jogging. Tetapi baru2 ini,selepas balik jogging sy mengalami sakit lutut disebelah kiri.pada awalnya lutut terasa bengkak dan longgar sehinggakan sy tidak boleh melipat lutut…sy cume tuam dengan icebag dan sapu minyak…ada pengurangan tapi masih sakit…apabila sy ke klinik,doc mengatakan kebarangkalian sy menghadapi arthritis.apakah suppliment yg doc bole rekomen atau kaedah rawatan yg sesuai selain pembedahan?adakah sy perlu xray utk mengetahui keadaan lutut sy yg sebenarnya? Adakah kekerapan sy jogging itu menyumbang kepada sakit lutut ni?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit lutut. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab masalah sakit lutut, antaranya ialah:

  • Ligamen Cruciate terkoyak atau terseliuh
  • tendon koyak
  • kecederaan meniscal
  • dislokasi lutut

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Di samping itu, ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit sendi adalah seperti ubat tahan sakit. Anda perlu bercakap dengan doktor untuk mengetahui ubatan yang paling sesuai untuk anda. Rawatan untuk sakit sendi selain pembedahan adalah seperti :

Terapi fizikal

  • Kadangkala menguatkan otot di sekeliling lutut akan menjadikannya lebih stabil dan membantu menjamin pergerakan mekanikal yang terbaik. Ini dapat membantu mengelakkan kecederaan

Suntikan:

  • Ubat suntikan langsung ke lutut mungkin membantu menyelesaikan masalah anda dalam keadaan tertentu. Suntikan yang paling biasa adalah kortikosteroid dan pelincir. Suntikan kortikosteroid boleh membantu menyembuhkan radang sendi dan keradangan lain lutut. Namun rawatan ini biasanya perlu disuntik berulang kali dalam masa beberapa bulan.

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)