
Anonymous
5 tahun
Sakit lutut berlarutan selama 2 bulan
Saya wanita yg baru berusia 19 tahu, tapi mempunyai berat badan 80 kg, sejak bulan puasa yg lalu, lutut saya mengalami kesakitan di kedua dua belah, adakah saya perlu berjumpa pakar atau berjumpa doktor biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- obesiti
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang terutamanya wanita
- radang sendi
Antara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah ini adalah
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- mengekalkan berat badan ideal
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.