ryuki5886
4 tahun
Sakit lutut budak sekolah
Anak Saya pelari rentas desa wakil sekolah,sejak 6 Hari lepas Ada sakit sakit lutut boleh Saya Tau apa masalah nya secara am
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang anak anda dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma pada struktur di lutut seperti ligament, meniscus atau tendon.
- Trauma pada tulang jika terhentak sesuatu semasa bersukan.
- Kekurangan air sendi untuk menggelincirkan pergerakan tulang.
- Kanser tulang kanak-kanak.
Jika kesakitan lutut ini berlarutan dan mengganggu aktiviti seharian anak anda, anda perlu membawa anak anda ke doktor Orthopedic untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut supaya diagnosa yang tepat boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.