Sulit
4 tahun
Sakit lutut dan kaki waktu malam
Selamat Petang,
Dr,
Suami saya berusia 41 Tahun, dia kerap mengalami sakit lutut dan kaki kedua-dua belah terutamanya ketika waktu malam.Amat menggangu waktu tidur setiap malam.Apakh punca dan apakah rawatan yang terbaik.Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
Perdarahan pada sendi.
Infeksi, misalnya artritis septik.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.