
ayurahim66
6 tahun
Sakit lutut dan peha
Saya seorang wanita berusia 53 tahun,sihat tiada darah tinggi,kencing manis atau penyakit lain tapi sejak saya mula bekerja sebagai Sales Assistant di bahagian Frozen Perishable selama 6 bulan saya mengalami sakit lutut dan peha yang boleh dikatakan serius juga kerana bila duduk atau tidur susah nak bangun terasa sakit sangat2 apalagi nak solat memang menangis meraung menahan kesakitan…peha jadi keras rasa seperti nak putus semua urat…saya dah pergi ke klinik kerajaan dan doktor bagi saya panadol dan voren serta krim sapu…alhamdulillah sakit dah berkurangan walaupun x sepenuhnya…doktor juga sarankan saya buat xray jika x baik juga sakit selepas makan ubat2 yang doktor bagi…sebelum ni saya juga pernah cuba beli Joint Care yang saya baca banyak testimoni dan kebaikannya dan saya juga telah cuba beli Gel Amani utk sapu di lutut dan peha tapi tak berkesan malah semakin terasa sakit berdenyut denyut hingga tak boleh tidur…jadi saya nak tanya pendapat doktor apakah saya boleh mengambil pantalon atau buat xray terlebih dulu sebelum makan ubat ubat yang mungkin ada kesan sampingan lain…terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita. Terdapat beberapa punca yang mengakibatkannya:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi pekerjaan , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.