
Anonymous
5 tahun
Sakit lutut di kaki kanan
Saya berusia 43 tahun mengalami sakit lutut yang berpanjangan
Saya tk Tahu sebab nya. Harap doktor dapat memeberikan penjelasan yg terperinci. Sakit lutu ke bawah betis. Tidak boleh bengkok. Nk naik tangga sakit dan nk sujud pun sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai puncasakit lutut antaranya ialah
- osteoarthritis ( paling berkemungkinan untuk kes anda)
- kecederaaan lama
- koyakan atau kecederaan pada ligamen atau tendon lutut
- radang terhadap mana-mana struktur lutut (synovitis, tendinitis)
Dalam kes tuan, jika ianya osteoarthritis saya mencadangkan anda cuba mengurangkan berat badan dengan melakukan senaman yang tidak menggunakan banyak tekanan pada lutut seperti berenang dan berbasikal. Terdapat juga plan rawatan untuk osteoarthritis dan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk memastikan plan rawatan yang baling sesuai untuk anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.