
Anonymous
5 tahun
Sakit lutut di ke dua belah
Saya berumur 44 tahun, mengalami sakit lutut sudah lama tapi 2 minggu lepas, sakit tersebut bertambah teruk, rasa sakit semasa turun tangga dan naik tangga. Begitu juga semasa sujud. Apakah rawatan terbaik yang perlu di buat utk sakit lutut ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit lutut yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- osteoarthritis
- kecederaan lama pada lutut
- koyak atau cedera ligamen
Terdapat juga kondisi lain yang mampu menjelaskan sakit lutut anda. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut sebelum membuat kesimpulan
Buat masa sekarang anda boleh
- cuba mencapai berat badan ideal melalui pemakanan
- aktiviti fizikal seperti berenang, yoga dan berbasikal yang tidak memberi tekanan kepada lutut
Terdapat pilihan rawatan untuk masalah sakit lutut anda, namun kami perlukan lebih maklumat untuk diagnosis yang lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.