
Sulit
4 tahun
Sakit lutut, jari dan kerap sakit kepala
Doktor,
Utk makluman, saya berumur 49 tahun.
Sejak bulan lepas, saya kerap sakit kepala, sakit lutut kanan, sakit jari2 esp waktu bgn tidur, sakit lengan kanan esp bila angkat benda berat. Jari2 tangan juga kerap sakit @ sengel terutamanya lepas membuat kerja contoh mengemas, memasak. Mood saya juga tidak tentu hala sejak akhir2 ini…kejap ok, kejap tak de mood, boring, kejap nk mrh…soalan saya:
- Apakah penyakit utk tanda2 spt di atas? Adakah ini tanda penyakit arthritis dan pra menopause?
- Doktor pakar manakah yg harus saya berjumpa untuk mendapat nasihat dan rawatan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penjelasan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda simptom-simptom menopaus boleh dilihat pada lingkungan umur 40 tahun dan ini dikenal sebagai pramenopaus. Purata umur seorang wanita menopaus pada umur 51 tahun. Namun menopaus boleh berlaku pada wanita umur 48-58 tahun. Antara simptom-simptom pramenopaus ataupun menopaus ialah:
- kemerah-merahan pada muka
- berpeluh pada waktu malam
- susah untuk tidur
- libido berkurang
- sakit kepala dan pening
- cepat marah dan gelisah
- sakit sendi
- sering mendapat jangkita kuman pada saluran kencing
Antara tanda-tanda arthritis pula:
- sakit sendi
- keradangan sendi
- sendi kemerah-merahan
- kulit di bahagian sendi terasa panas
Anda berhak menjalani hidup yang sihat! Sentiasa cergas dan bebas dari penyakit!
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang isu ini. Saya nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk dapatkan kesimpulan yang lebih tepat sebelum berjumpa dengan doktor pakar. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih.