
Sulit
4 tahun
Sakit Lutut ketika bersukan
Hello, saya berumur 18 dan saye mengalami kecederaan di bahagian lutut ketika bermain sukan. Ada nampak kesan bengkak di bahagian yang sakit. Apabila saya cuba melipat kaki seperti bersila duduk, ia rasa sakit. Soalan saya, apakah rawatan dan cara saya untuk menghilangkan sakit tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengalami masalah sakit lutut tersebut:
- Kecederaan ligamen
- Kecederaan meniskal
- Tulang patella terkehel
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa doktor dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan supaya rawatan awal dapat diberikan.
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopedik) kami sedia membantu!
Untuk menjawab soalan anda, rawatan untuk lutut anda ini bergantung pada keputusan dan kesimpulan yang dibuat oleh doktor yang memeriksa anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.