
Sulit
4 tahun
Sakit lutut kiri yang mengganggu aktiviti saya
Saya seorang wanita berumur dlm lingkungan 20-an. Saya mempunyai saiz lutut yg berbeza sejak kecil. Ini menyebabkan saiz peha saya juga berbeza. Lutut kiri saya akan menghasilkan bunyi bila saya cuba bengkok dan luruskannya berkali-kali dan tidak pada lutut kanan saya. Saya perasan lutut sebelah kiri saya lemah berbanding lutut kanan. Saya pernah menunjukkan saiz lutut saya pada ibu dan dia hanya menyatakan yg saya ‘cacat’. Bila saya nak melakukan lunge, saya hanya boleh lakukan pada kaki kanan sahaja dan tidak boleh untuk kaki kiri. Dan bila melakukan squat, lama kelamaan lutut kiri saya akan mula rasa sakit. Saya cuba untuk menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam tp keadaan lutut kiri saya sangat mengganggu dan menyebabkan saya malas untuk bersenam. Bila meningkat dewasa saya semakin tertanya-tanya adakah terdapat masalah pada lutut saya ini. Perlukah saya mendapatkan rawatan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.