
muzaifahyusoff
5 tahun
Sakit lutut sampai kebas kaki
sy umur 30tahun, dalam 2 3 hari nie sy mngalami sakit lutut, sedangkan sy dah lama jogging atau aktiviti luar…sebelum nie sy asyik2 sakit kepala ttapi sakit kepala dah hilang, skrng lutut plk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, sakit di lutut boleh disebabkan:
- sindrom ili-tibial band ("Ilit-tibial band syndrome - sering terjadi kepada pelari)
- sindrom medial shelf (Medial shelf syndrome)
- osteokondritis dessikans
- patellar kondromalesia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.