
jhf2382
5 tahun
Sakit lutut sehingga baring duduk n bwk keta juga sakit
Suami saya berumur 41 thn, mengajar bdmntn… Sering sakit lutut sehingga ketika baring, duduk n bawa kereta juga sakit sgt… Dy juga kerap cramp betis bila sakit lutut… Sebelum ni bbrp bln lps dy selalu mengalami sakit lutut sperti locking, bengkak n panas… Nak bengkokkan kaki or tegakkan kaki juga sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit lutut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sukan yang berlebihan
- Berat badan yang berlebihan
- Trauma
- kekurangan zat besi dan kalsium
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am bagi masalah yang anda hadapi. Terima kasih.