
Sulit
4 tahun
Sakit mata akibat terkena benda terhentak berdarah tompok kecil besar tahi lalat
Mata Saya sakit pedih selepas terhempap objek sampai mata berdarah tompok besar tahi lalat Dan nampak saluran urat saraf berwarna merah menjalar kehitaman Dan kemerahan di bahagian mata putih pada kedua mata Saya selepas terkena objek…
Mata masih rasa pedih 24 jam dh 4 hari.
Jadi doktor,apakah yang membuat mata putih Saya pedih akibat terkena objek benda dengan kuat pda mata Saya?
Adakah lapisan mata boleh tumbuh perbaiki sendiri jikalau air mata jadi kering ?
Rawatannya apa doktor ?

4 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini berkemungkinan tinggi merupakan saluran darah yang pecah akibat trauma. Ia akan mengambil masa untuk hilang. Anda boleh menggunakan titisan mata biasa untuk melembapkan mata anda. Sekiranya simptom lain seperti mata merah berlaku, anda digalakkan untuk terus ke klinik terdekat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.