Sulit
2 tahun
Sakit mata bahagian dalam,merah dan bengkak
Hi saya ezzaf .saya sedang sakit mata bahagian dalam . Bila setuh pun rasa sakit. Dan sekarang dah bengkak kedua dua . Tak tahu la kenapa. Risau laa jugak dengan keadaan kes sekarang ni.Ubat apa yg perlu saya beli di farmasi ya?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan kami memahami anda mempunyai masalah sakit mata di bahagian dalam serta merah dan bengkak pada kedua-dua belah mata. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Konjunktivitis
- Alahan
- Mata Kering
- Kecederaan pada mata
- Glaukoma
Namun terdapat beberapa perkara serius yang perlu diperiksa oleh doktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Jangkitan mata
- Uveitis
- Ulser Kornea
- Keradangan iris
- Keradangan saraf optik
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar mata