
Sulit
4 tahun
Sakit mata dan bengkak serta kemerahan
Hello doktor . Saya seorang pelajar yang berumur 15 tahun. Saya kerap mengalami sakit mata dan bengkak di sekitar bawah mata adakala sampai menggangu akitiviti seharian saya…jadi Doktor boleh saya tahu masalah apa yang saya alami…?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara umum, gangguan mata yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar air mata (Dacryoadenitis)
- Penyumbatan atau jangkitan saluran air mata (Dacryocystitis)
- Gangguan alergi
- Ketumbit
- Atau gangguan mata yang lain
Buat masa ini anda disarankan untuk:
- perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit
- melakukan tuaman sesuai arahan doktor
- membersihkan kelopak mata dengan cara yang betul
- menjauhkan diri dari keadaan yang memudahkan ketumbit berlaku kembali (i.e. berada di kawasan berhabuk, kotor, dll.)
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui rawatan yang lebih berkesan, pemeriksaan lanjutan dan berkala perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).