
Sulit
4 tahun
Sakit mata di kelopak mata dan berair dan gatal
Saya 16 tahun saya rasa gatal di kelopak mata dan pedih dalam mata harini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah gatal di kelopak mata dan pedih boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan Virus dan Bakteria
- Alahan – habuk, debunga atau asap
- Akibat dari tindakan kimia- dari ubat titis mata
- Saluran air mata tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.