
aizatfitri19
5 tahun
Sakit mata pedih Gatal nk Bukak Pon Susah
Salam doc nk tanya skit bapak saya sakit Mata bila bapak saya nk bukak mata pon sakit pedih Berair Gatal Sebelum Ni ad pegi Jumpa Doctor bgi Ubat Semua Lah dia Mkan Ubat Tu sekejap Jew Dia Rasa ok Lpas 2 jam ke 3 jam Mcam Tu sakit Tuh Ada Lagi Penyakit Ni Dah 3bulan Bapak Saya Alami …bole sya Tahu Penyakit Apa yng bapak Saya Alami … berbahaya ke Doctor penyakit Ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda sakit mata yang pedih dan gatal
boleh disebabkan:
- Radang - Konjungtiva/uvea/sklera yang disebabkan oleh jangkitan
- Galukoma
- Kemasukan habuk/objek luar
- Mata kering - kuasa cermin mata tidak cukup/dehidrasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.