
Sulit
3 tahun
Sakit mata, saat bangun tidur
Saya lelaki umur 18, mata saya sering pedih dah berair, sejak 3 hari yang lalu, apahkah yang saya perlu lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan terhadap debu atau alergen lain
- Jangkitan mata
- Selsema
- Rhinitis
- Radang sinus (sinusitis)
- Radang kelopak mata
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Punca mata berair yang dialami oleh anda memerlukan pemeriksaan lanjut dan maklumat lanjut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan terlebih dahulu dan rawatan hanya akan diberi berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.