
imaninafaiqah
5 tahun
Sakit Mata ( silau )
Hi Doktor . Saya umur 15 tahun , saya sering mempunyai masalah dengan mata saya . Semenjak ini , saya selalu silau , yang bermaksud saya tak boleh nampak dengan begitu jelas . At first , akan ada seperti line kecil yang membuatkan mata saya tak nampak dengan jelas . Line itu akan menjadi lebih besar , lalu membuatkan saya pening . Silau ini berlaku pada satu mata sahaja . Selepas beberapa minit , silau pada mata saya akan hilang . Tetapi , selepas beberapa minit , saya akan berasa migraine yang sangat teruk . Saya akan rasa macam nak pengsan dan nak muntah . Perkara ini sering jadi pada mata kiri saya sahaja , tapi semenjak ini ia berlaku di mata kanan saya juga . Tolong saya doktor . Saya takut perkara ini mengganggu saya apabila peperiksaan pt3 . Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah silau mata anda ini boleh disebabkan:
- Rabun jauh
- Astigmatism
- Jangkitan mata
Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan mata pada kedai cermin mata dahulu dan sekiranya masalah ini boleh diselesaikan dengan pemakaian kaca mata khas, maka ia tidak akan mengambil masa yang lama sebelum peperiksaan PT3 anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan optometri dan mendapatkan pemeriksaan mata segera. Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan oleh mereka, maka anda boleh merujuk segera pada klinik berdekatan. Sekian