
Anonymous
5 tahun
SAKIT MATA yang tiada kemerahan
Assalamualaikum Hi Doktor, saya mengalami sakit mata sebelah kiri yang berpanjangan, bila ditutup/ditekan mata terasa seperti bengkak/sakit, tetapi mata TIDAK kelihatan merah atau bengkak. Cuma kadang-kadang penglihatan jadi kabur seperti ada benda di selaput mata. Saya tidak rabun. Sakit mata jenis apa ya? Adakah boleh melegakan sakit ini dengan hanya membeli Eye-Drop di farmasi atau berjumpa doktor pakar mata terus?? Bantu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala anda boleh disebabkan oleh pelbagai punca antaranya:
- Kecederaan pada mata atau bahagian lain seperi kelopak mata
- Jangkitan kuman pada mata atau bahagian lain seperi kelopak mata
- ‘Stye’
- ‘Chalazion’ dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.