Sulit

5 tahun

Sakit Migrain Berpanjangan

Hello doktor. Saya mengalami sakit migrain berpanjangan. Dalam sekitar 3,4 minggu. Ada hari yang ok, ada hari yang sakit tu datang sekejap. Sakit di bahagian kanan dan kadang-kadang ada sakit di bahagian kiri. Tapi sakit tak sepanjang masa. Hanya sekejap-sekejap. Tapi masih lagi berterusan setiap hari. Ada juga mengalami perasaan loya dan macam nak muntah. Pandangan mata tiada masalah buat masa ini. Saya ada pergi ke klinik dan doktor mengatakan simpton tu sakit migrain. Jadi, saya ada dapat ubat caffox. Soalan saya ialah;

  1. Adakah sakit migrain boleh berpanjangan untuk waktu yang lama seperti kes saya ini?

  2. Selepas makan ubat caffox (sebiji sehari) dan sudah hampir 7 biji untuk seminggu, sakit tu tetap ada lagi. Adakah ubat caffox ni tak sesuai? Bolehkah saya mengamalkan ubat caffox ni dan ia tak membahayakan jika makan setiap hari?

  3. Ada doktor yang cadangkan saya untuk mengambil ubat imigran FD (sumatriptan) untuk kes saya ini. Adakah imigran fd itu lebih baik? Ada kesan sampingan untuk imigran fd?

  4. Apa yang perlu saya lakukan untuk masalah sakit kepala ni.

Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu, adalah penting untuk anda mengetahui perjalanan penyakit migrain ini. Migrain adalah sejenis sakit kepala yang datang dalam bentuk serangan yang mana diluar tempoh waktu serangan anda tidak merasakan gejala sakit itu sama sekali. Serangan migrain dapat timbul akibat daripada trigger contohnya kadar hormon estrogen yang jatuh secara tiba-tiba (pada wanita yang akan haid/ datang bulan) sehingga menyebabkan saluran darah di otak mengecil. Keadaan ini lah yang menimbulkan sakit kepala. Justeru, sebaiknya anda kenalpasti pencetus (trigger) bagi masalah migrain anda dan berusaha mengelakkan kejadian tersebut seperti makanan atau sesetengah minuman.

Caffox adalah sejenis ubat tahan sakit yang digunakan khas untuk migrain. Akan tetapi, ia berfungsi hanya setelah sakit timbul. Caffox tidak dapat berfungsi sebagai pencegah timbulnya sakit kepala. Sementara itu, sumatriptan pula dapat berfungsi sebagai pencegah kejadian migraine yang mana ia biasanya digunakan bagi wanita yang timbul migrain sewaktu haidnya akan datang.

Memandangkan gejala sakit ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan anda mengakui terpaksa mengkonsumsi ubat ini sehingga 7 hari seminggu, dikhuatiri terdapat masalah kesihatan serius yang mendasari sakit kepala yang dialami. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

headache

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)