
jrjseb
5 tahun
Sakit pada ari-ari dan berlaku pendarahan sewaktu subur
saya wanita berumur 37 tahun dan baru mendirikan rumahtangga hampir setahun. apa yang merunsingkan saya apabila kiraan haid yang tidak menentu setiap bulan, kadang 28hari,30 atau 32 hari dan pernah berlaku 2 kali pendarahan sewaktu tiba masa subur yang mana darah keluar seperti darah haid iaitu dengan kuantiti yang banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur seperti :
• Awal kehamilan
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.