Sulit
5 tahun
Sakit pada ari ari & keputihan banyak
Asslam doktor . Saya nk tanya . Kenapa saya tidak datang period berbulan2 dan sekarang saya mengalami keputihan yang banyak keputihan kehijaun berketul dan rasa sakit pada ari ari . Lepastu nak tnya kenapa sy ad rasa bengkak pada ari ari bulat bengkak rasa mengeras dan sakit . Apa itu doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan gangguan kitaran haid, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda supaya punca anda tidak datang haid dapat diketahui. Masalah yang dialami oleh anda juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas. Oleh itu, pemeriksaan bersama doktor adalah perlu untuk mencari puncanya.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid beliau di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya dapat dijadikan rujukan oleh anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


























