Sulit

3 tahun

Sakit pada bahagian bawah perut kiri dan kanan

Hi.saya berusia lewat 20’an dan sudah berkahwin. Selepas berkahwin, saya sering merasa sakit pada bahagian dalam perut sebelah kiri berdekatan dengan tulang pelvic. Kadangkala saya juga merasakannya sewaktu membuang air kecil. Selepas beberapa bulan, bahagian kanan saya juga rasa sakit yang sama.sakit akan lebih terasa ketika hendak duduk dan selepas beberapa saat sakit akan hilang.saya juga perasan sewaktu saya merasa sakit, badan saya dalam keadaan banyak angin.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit pada bahagian bawah perut sebelah kiri terutama ketika membuang air kecil dan juga menghadapi gejala yang sama pada bahagian kanan. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dijelaskan yang berkait dengan masalah anda iaitu:

  • Masalah pada ovari seperti penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur serta sakit yang diperihalkan di atas.
  • Masalah salur buah pinggang sama ada batu karang, keradangan, atau jangkitan kuman yang boleh menggangu pembuangan air kecil.
  • Ketegangan otot perut yang boleh disebabkan oleh kecederaan atau keletihan.
  • Masalah usus seperti keradangan (IBD), ketumbuhan ruang angin pada dinding (Diverticulosis), tersumbat dan juga kanser usus.
  • Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
  • Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STD (Sexual transmitted disease) ataupun jangkitan UTI (Urinary tract infections)
  • Masalah buah pinggang seperti rosak atau keradangan.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk bagi mendapatkan punca masalah yang lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Sementara itu, sila pantau simptom-simptom yang lain seperti yang berikut:

  • Masalah pembuangan air kecil seperti kerap ke tandas atau kencing busuk atau berdarah
  • Masalah penghadaman dan pembuangan air besar atau najis yang abnormal seperti najis berdarah.
  • Haid yang tidak teratur
  • Keletihan dan tidak bermaya
  • Demam dan sakit kepala berlarutan
  • Kegatalan atau bengkak pada alat kelamin.
  • Muntah dan loya
  • Pembesaran perut yang mendadak dan penurunan berat badan yang drastik.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

download%20(6)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)