farahanurdiyana
6 tahun
Sakit Pada Bahagian Bawah Perut
Sejak 4 hari lepas, saya mengalami sakit pada bahagian bawah perut terutama sekali apabila hendak membuang air besar atau kecil. Perut saya juga turut rasa sakit jika hendak membuang angin. Apabila hendak bangun selepas duduk, saya turut merasa sakit. Sakitnya tidak begitu teruk tetapi agak mengganggu dan memberikan ketidakselesaan kepada saya. Untuk bulan-bulan yang lepas, period saya akan dtg pada 5-7 setiap bulan. Tapi untuk bulan ini, saya masih belum period lagi. Dalam masa tertentu, duduk juga menyebabkan perut saya sakit. Semasa berjalan juga terasa sakit itu. Apabila ditekan pada bahagian bawah perut, saya dapat rasa sakit itu. Bolehkah doktor memberitahu saya penyakit yang mungkin tentang simptom-simptom yang dialami?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh banyak punca, antaranya:
- Fibroid dalam rahim
- Endometriosis - sel lapisan rahim yang mengalami keradangan
- Kista ovari - seperti Sindrom Polisistik ovari
- Penyakit radang usus dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























