
Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian belakang badan apabila bernafas ataupun menghembuskan nafas. sakit apabila baring duduk dan berdiri
saya wanita dalam 20an. saya baru2 ini mengalami sakit pada bahagian belakang badan saya apabila saya menarik nafas ataupun menghembuskan nafas. ia berlaku sewaktu saya baring duduk dan berdiri manakala ia tidak rasa sakit jika saya membuat kerja rumah. saya takut untuk ke klinik jadi boleh doktor bantu saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan
Menurut keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit belakang ketika bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda
Untuk makluman anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- Otot kejang / muscle spasm
- Kedudukan ataupun posisi badan yang salah
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera , seperti:
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- masalah saraf
- keradangan pada sendi tulang belakang
- Cervical Radiculopathy
- Cakera tulang belakang yang kembung atau terjatuh ( Slipped disc or Herniated disc )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Memandangkan masalah anda menganggu penafasan, disarankan ke pusat kesihatan dengan segera kerana
untuk mengelakkan keadaan yang lebih memudaratkan. Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.